Pemain dari Sarawak itu menebus kekecewaan tewas dalam finak tahun lalu apabila menewaskan pilihan ketiga, Christian Oliver Lee 6-3, 6-2.

Dia yang berada dalam program ‘Kita Juara' iaitu persediaan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berjaya menguasai permainan dan mengambil masa dua jam untuk menewaskan pencabar dari Selangor.

"Saya yakin untuk memenangi perlawanan akhir hari ini biarpun sedar Oliver mempunyai teknik servis yang baik. Walaupun diberi tentangan hebat saya berjaya mengawal emosi dan memberi fokus untuk menewaskannya," katanya ketika ditemui selepas kejohanan itu.

Sirkit Kebangsaan 2017 pusingan kedua yang berlangsung selama lima disertai 80 pemain. Ia adalah anjuran Genting, AirAsia bersama Persatuan Lawn Tenis Malaysia dan menawarkan jumlah wang tunai RM25,200 kepada juara.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan bukan pilihan Neoh Khai Keat dan Soni Priyank mengejutkan gandingan Oliver Lee dan Sri Aakash pada separuh akhir sebelum meneruskan kecemerlangan mereka menewaskan menewaskan Satveer Singh dan Muhd. Syabil Shaharudin 6-1, 6-2 di final.

Bagi perseorangan wanita pula, ketiadaan dua pemain terbaik negara, Jawairiah Noordin dan S. Theiviya yang kejohanan ITF Futures Women di Mesir telah membuka peluang kepada pemain-pemain muda Indonesia menguasai acara ini.

Oxi Gravitasi Putri yang menewaskan rakan senegaranya, Happines Beuty Heart 6-2, 6-2 untuk muncul juara.

Gandingan Oxi dan Happines kemudian mengungguli saingan beregu selepas menewaskan gandingan Nur Iman Syuhada dan Tai Kui Fang 6-2, 6-0. - UTUSAN ONLINE