AHMAD ZAWAWI ZAKARIA
AHMAD ZAWAWI ZAKARIA 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Zawawi Zakaria berharap, wakil sukan elektronik itu dapat memberi gambaran jelas mengenai ke­perluan mereka.

Ini bagi memastikan semua pemain yang bakal mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, terutama dalam Sukan SEA di Manila tahun depan dapat memanfaatkan kepakaran yang dimiliki di badan itu.

“Setakat ini apa yang kami fikirkan adalah untuk memberi khidmat nasihat berkaitan nutrisi pemakanan bagi memastikan gaya hidup sihat dalam kalangan pemain mereka dapat dijaga.

“Namun, selain daripada itu kami belum ada gambaran me­ngenai kepakaran yang boleh disumbangkan. Mungkin selepas berbincang lebih banyak idea bentuk bantuan dapat diperoleh.

“Kami sedar sukan tersebut semakin berkembang dan akan dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019 oleh itu kami harap ada pihak daripada badan induk sukan berkenaan dapat bersama kami berbincang cara terbaik untuk bekerjasama.

“Kami di ISN tidak mahu mengenepikan sukan-sukan lain dan kami juga terbuka dalam membantu meningkatkan prestasi acara yang diyakini mampu menyumbang sesuatu yang positif buat negara,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melihat industri e-Sukan negara mempunyai potensi besar dan perlu diperkasakan.

Bulan lalu, media Filipina melaporkan buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Sukan SEA menyaksikan e-Sukan diiktiraf sebagai acara yang dipertandingkan pingat dalam temasya 2019.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Hal Ehwal Luar Negara Filipina yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA, Alan Peter Cayetano.

Sukan itu diiktiraf oleh Persekutuan Sukan Elektronik Asia yang bakal menyaksikan enam pingat emas di tawarkan dalam Sukan SEA 2019.