Pertembungan epik selama hampir lima jam itu menyaksikan Djokovic menang 7-6 (7-5), 1-6, 7-6 (7-4), 4-6, 13-12 (7-3) sekali gus mempertahankan kejuaraannya dan pada masa sama menyekat hasrat Federer menjadi pemenang Grand Slam tertua dalam sejarah.

“Ini adalah antara beberapa final terbaik yang pernah saya lalui dalam karier saya.

“Terutama ketika berdepan pemain hebat sepanjang zaman seperti Roger, ia adalah penghormatan besar buat diri saya.

“Bagaimanapun, dalam perlawanan seperti ini, salah seorang perlu kalah.Agak pelik untuk beraksi ‘tie break’ ketika mata 12-12 dan saya memang mengharapkan selepas memenangi dua ‘game’ awal,” katanya.

Djokovic yang memiliki koleksi 16 kejuaraan juga berharap mampu menandingi pencapaian Federer yang memiliki 20 kejuaraan.

“Roger membuktikan kepada orang lain bahawa banyak yang boleh dilakukan meskipun pada usia 37 tahun dan saya melihat dia sebagai inspirasi terbaik,” katanya.-AGENSI