Amy, 23, mengumpul mata tertinggi 13.200 mata untuk menewaskan gimnas pilihan dari Cyprus, Diamanto Evripidou yang mendapat 12.900 mata untuk berpuas hati dengan perak manakala gangsa menjadi milik seorang lagi gimnas negara, Koi Sie Yan yang memungut 12.000 mata.

Selain emas, Amy turut menyumbang gangsa menerusi disiplin gelung hari ini manakala Sie Yan menyumbang dua perak dalam disiplin bola dan belantan.- UTUSAN ONLINE