Bagaimanapun pada kejohanan kali ini, Mohammed dan Saiful diberikan tugas yang berbeza, di mana kedua-dua mereka bakal menentang satu sama lain pada perlawanan Muay Thai bantamweight ONE Super Series.

Pemilik nama gelanggang Jordan Boy, Mohammed mengakui amat mengagumi rakan senegaranya, Saiful, namun ujarnya, dia akan mengetepikan soal perasaan pada perlawanan malam itu.

“Saya sangat menghormati Saiful kerana beliau lebih duhulu terbabit dalam sukan ini, sebelum saya mula berlatih Muay Thai lagi.

“Semoga petarung terbaik beroleh kemenangan. Bagaimanapun dalam acara malam itu nanti, pemenang yang sebenar adalah peminat,” katanya.

Sekali pun hanya akan ada satu pemenang, kedua-dua atlet itu sangat teruja untuk bertarung dalam gelanggang.

“Ia pasti bakal menyajikan pertarungan menarik memandangkan kami mempunyai gaya Muay Thai yang berbeza.

“Apa yang pasti, penonton nanti akan disajikan dengan persembahan penuh aksi sepanjang perlawanan tiga pusingan itu,” katanya.- UTUSAN ONLINE