Terengganu kuasai XCO lelaki SUKMA 2026

Terengganu kuasai XCO lelaki SUKMA 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontinjen berbasikal mountain bike Terengganu menyapu bersih kesemua pingat dalam acara cross country olympic (XCO) lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang berlangsung di Lembah Peladang Agro Park, Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini.

Pingat emas dimenangi pelumba Muhammad Naufal Iman Mohamad Fauzi selepas menamatkan saingan dalam masa satu jam 7 minit 28.064 saat (s) meninggalkan pencabarnya, Saniy Syu’Aib Mohd Safiee di tempat kedua (1:07:41.520s).

Gangsa dimenangi Muhammad Effan Wafiy Nor Effandy selepas menamatkan saingan 1:10:12.232s dalam pertandingan yang disertai 36 pelumba.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi saingan wanita pula menyaksikan Kedah menokok dua pingat selepas Nurul Nabilah Mohd Asri memenangi pertandingan tersebut dengan catatan masa 1:16:40s meninggalkan Zahra Afifah Zamri (1:16:48s) di tempat kedua.

Pingat gangsa pula dimenangi atlet tuan rumah, Qisya Batrisyia Othman setelah menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1:18:34s. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN