Suzhou medan terbaik Bunga Raya 7s uji kekuatan

Suzhou medan terbaik Bunga Raya 7s uji kekuatan

Majlis penyerahan bendera negara kepada pasukan ragbi 7s lelaki dan wanita yang akan menggalas cabaran negara di Suzhou, China. Turut hadir, Presiden Ragbi Malaysia (MR), Amir Amri Mohamad. - MR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyertaan skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki dan wanita negara pada Siri 1 Asia Ragbi 7s di Suzhou, China, menjadi medan terbaik untuk menguji tahap kesiapsiagaan pasukan sebelum menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Kejohanan yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini dilihat penting dalam persiapan Bunga Raya 7s menjelang temasya Sukan Asia yang dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 Oktober depan.

Ragbi Malaysia (MR) dalam satu kenyataan berkata, kejohanan di Suzhou akan dimanfaatkan barisan kejurulatihan bagi menilai prestasi, keserasian dan kesiapsiagaan pemain, selain memberikan pendedahan kepada mereka dalam pertandingan antarabangsa yang kompetitif.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, setiap perlawanan juga penting untuk memperkemas aspek teknikal, taktikal dan mental pemain sebelum berdepan cabaran lebih besar di pentas Sukan Asia.

“Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada pelan persiapan prestasi Bunga Raya 7s lelaki dan wanita bagi memastikan kedua-dua pasukan berada pada tahap kompetitif terbaik menjelang temasya Sukan Asia,” katanya.

Badan induk tersebut turut berkata, tempoh persiapan yang semakin hampir dengan Sukan Asia menjadikan setiap pendedahan antarabangsa amat penting bagi membolehkan pasukan menilai tahap sebenar prestasi, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta membentuk barisan terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini