Tiga gol Argentina sangat berkualiti- Keane

Tiga gol Argentina sangat berkualiti- Keane

LIONEL Messi meledak gol kedua Argentina ketika menewaskan mesir 3-2 untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2026.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Bekas bintang Manchester United, Roy Keane menyifatkan kualiti tiga gol Argentina ketika bangkit membenam Mesir 3-2 di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 sangat menakjubkan.

“Mereka (Argentina) tidak akan mengalah. Kualiti gol mereka menakjubkan. Wow. Kerana itu kita sukakan aksi seperti ini. Menang menakjubkan,” kata Keane mengenai kebangkitan dramatik Argentina.

Dalam aksi di Stadium Atlanta itu, anak buat Lionel Scaloni bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menang 3-2 dalam aksi penuh mendebarkan buat juara bertahan itu.

Argentina melakar kebangkitan terhebat dalam sejarah Piala Dunia, mereka meledak tiga gol dalam tempoh 13 minit untuk mengejutkan Mesir dan akan menempah aksi suku akhir berdepan Switzerland.

Dan ketika Argentina meraikan wisel penamat, Lionel Messi menangis kegembiraan dan lega apabila kempen Piala Dunia mereka masih berterusan hingga hujung minggu ini.

“Saya hilang kata-kata. Saya menyukainya. Semalam kita melihat air mata (Cristiano) Ronaldo. Hari ini kita melihat air mata kegembiraan Messi,” kata Keane.

Sementara itu, rakan sepasukan Keane di United, Gary Neville turut memberi komen terhadap apa yang berlaku di Stadium Atlanta.

“Itu adalah tangisan kelegaan, dia (Messi) menjadi emosi.

“Mereka (Argentina) ada semangat yang tidak boleh dipatahkan. Mereka menepati status itu, jersi itu, bermain untuk negara mereka. Dia (Messi) tahu bagaimana begitu sukarnya ia, kerana itu dia menangis seperti itu,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN