Kematangan bawa Sepanyol ke suku akhir - Rodri

Kematangan bawa Sepanyol ke suku akhir – Rodri

RODRI mengawal bola ketika Sepanyol berdepan Portugal di pusingan 16 Piala Dunia 2026.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALLAS: Kapten Sepanyol, Rodri mengakui kemaraan pasukannya ke suku akhir Piala Dunia2026 adalah hasil kesabaran dan kematangan ketika menghadapi tekanan.

Sepanyol mara ke suku akhir selepas menewaskan Portugal 1-0, hasil jaringan dramatik pemain gantian, Mikel Merino pada masa kecederaan babak kedua.

“Jika ada yang menyangka kami boleh terus mara tanpa melalui saat-saat sukar, mereka silap. Kami tahu kami perlu bersabar menunggu detik yang tepat dan peluang itu akhirnya tiba.

“Portugal juga mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan ini, namun kematangan Sepanyol Berjaya memastikan kami berjaya mara ke peringkat seterusnya.

Rodri turut memuji Merino yang hanya berada enam minit di atas padang sebelum muncul wira kemenangan.

“Dia pemain yang luar biasa dan antara pemain yang paling saya kagumi,” kata Rodri yang merupakan pemain tengah Manchester City di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Di peringkat suku akhir, juara Eropah itu akan menentang sama ada Amerika Syarikat (AS) atau Belgium di Los Angeles pada Sabtu ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN