Jangan pandang Kanada sebelah mata

Jangan pandang Kanada sebelah mata

Jesse Marsch mahu anak buahnya melakar kejutan ke atas Maghribi, esok.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Pengendali Kanada, Jesse Marsch percaya status bukan pilihan ketika berdepan Maghribi pada aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 di Stadium Houston, esok mampu menjadi senjata terbaik buat pasukannya mencipta satu lagi kejutan.

Kanada yang mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama kini membawa keyakinan tinggi selepas memecahkan beberapa rekod termasuk meraih mata dan kemenangan sulung di pentas Piala Dunia.

“Persiapan menghadapi Maghribi ibarat satu mimpi ngeri yang mengerikan, tetapi kami mahu berada di pentas ini dan memang menjangkakan akan berada di sini.

“Semua orang akan menganggap kami tidak mempunyai peluang dan di situlah sebenarnya terletak peluang terbaik untuk kami membuktikan kemampuan sebenar,” kata Marsch.

Dalam pada itu, pertahanan muda berusia 20 tahun, Luc de Fougerolles pula mengakui setiap perlawanan di Piala Dunia menjadi proses pembelajaran berharga buat dirinya yang kini muncul antara tonggak utama benteng Kanada.

“Saya memang gemar bermain dalam perlawanan besar dan kejohanan ini memaksa anda menjadi lebih matang kerana semuanya berlaku begitu pantas.

“Saya belajar banyak perkara sepanjang peringkat kumpulan dan aksi kalah mati sebelum ini, malah saya sudah bersedia untuk terus belajar dan berkembang sebagai pemain,” katanya.

De Fougerolles turut mendedahkan proses pemulihan fizikal menjadi keutamaan skuad Kanada ketika berdepan cuaca panas di Houston, selain banyak menimba pengalaman daripada pemain-pemain senior bagi memastikan mereka berada pada tahap terbaik menjelang cabaran terbesar dalam sejarah bola sepak negara itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN