Izzat buru langkah kanan

Izzat buru langkah kanan

Izzat Shameer Dzulkeple akan turun menentang wakil Kepulauan Falkland, Cecil Alexander, dalam aksi pembukaan perseorangan lelaki Sukan Komanwel Glasgow 2026, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet boling padang negara, Izzat Shameer Dzulkeple memburu langkah kanan apabila turun menentang wakil Kepulauan Falkland, Cecil Alexander, dalam aksi pembukaan perseorangan lelaki Sukan Komanwel Glasgow 2026, hari ini

Katanya, perasaan gementar adalah sesuatu yang normal bagi setiap atlet, namun beliau berjaya mengawalnya dan kini hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada setiap balingan di gelanggang.

Menurutnya, fokus dan konsisten sepanjang perlawanan menjadi kunci utama jika mahu menghadiahkan keputusan positif buat skuad negara.

“Semestinya saya berada dalam keadaan bersedia untuk perlawanan pertama. Perasaan gementar itu memang ada sedikit, tetapi semuanya masih dalam kawalan.

“Kami telah membuat persiapan sebaik mungkin dan saya berharap dapat memberikan aksi terbaik untuk pasukan. Insya-Allah, kami akan berusaha mendapatkan keputusan yang positif.

“Saya hanya perlu terus fokus dengan setiap balingan dan kekal konsisten sepanjang perlawanan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Untuk rekod, Izzat memiliki rekod positif apabila pernah menewaskan Alexander dalam kejohanan Champion of Champions pada 2023, sekali gus memberikan suntikan keyakinan menjelang pertemuan kali ini.

Bagaimanapun, Izzat enggan terlalu memikirkan rekod lalu, sebaliknya mahu mengekalkan disiplin permainan dan memastikan setiap peluang dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membawa Malaysia melangkah lebih jauh dalam temasya di Glasgow. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN