England lega Rice, Guehi dan James kembali berlatih

England lega Rice, Guehi dan James kembali berlatih

DECLAN Rice (tengah), Marc Guehi (kanan) kembali menyertai latiha bersama skuad England.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: England menerima suntikan semangat menjelang aksi suku akhir Piala Dunia 2026 menentang Norway selepas Declan Rice, Marc Guehi dan Reece James kembali menyertai sesi latihan pasukan, semalam.

Kepulangan ketiga-tiga tonggak itu memberi kelegaan kepada pengendali England, Thomas Tuchel yang sebelum ini berdepan kebimbangan terhadap tahap kecergasan beberapa pemain utamanya.

James terlepas tiga perlawanan terakhir selepas mengalami kecederaan hamstring, sekali gus menyebabkan Tuchel berdepan kekurangan pilihan di posisi bek kanan.

Bagaimanapun, kapten Chelsea itu dijangka kembali berada dalam kesebelasan utama ketika menentang Norway, esok, lebih-lebih lagi selepas Jarell Quansah digantung perlawanan susulan kad merah yang diterimanya dalam kemenangan dramatik 3-2 ke atas Mexico pada pusingan 16 terbaik.

Rice dan Guehi pula beraksi penuh ketika menentang Mexico di Mexico City, namun kedua-duanya tidak menyertai latihan pada Rabu bersama James.

Guehi, yang juga pertahanan Manchester City, sedang berusaha memulihkan kecederaan hamstring dan berkemungkinan berdepan rakan sepasukannya di kelab, Erling Haaland, sekiranya diturunkan menentang Norway.

Sementara itu, Rice turut mengalami masalah hamstring selain kurang sihat pada awal minggu ini, namun penyertaannya dalam sesi latihan memberi petanda positif bahawa dia mampu diturunkan dalam aksi penting tersebut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN