Umar pecah rekod kebangsaan

Umar pecah rekod kebangsaan

Umar Osman. - IHSAN OLAHRAGA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari jarak jauh negara, Umar Osman memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara 400 meter (m) ketika beraksi dalam saingan separuh akhir Kejohanan Olahraga Terbuka New Taipei, Taiwan, hari ini.

Umar melakukan catatan masa 45.73 saat (s) sekali gus melayakannya beraksi ke peringkat akhir kejohanan.

Pencapaian itu sekali gus memadam rekod kebangsaan yang dilakukannya 46.09s dalam saringan separuh akhir ketiga Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) di Chengdu, China, 2 Ogos 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN