Nik Safuan intai pemain Piala Agong 2026

Nik Safuan intai pemain Piala Agong 2026

Nik Safuan Ismade Nik Man
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan, Nik Safuan Ismade Nik Man tidak menolak kemungkinan untuk menyerap pemain baharu ke dalam pasukan negara.

Menurut Nik Safuan, bakat pemain baharu akan dinilai berdasarkan prestasi mereka dalam Kejohanan Piala Agong Edisi ke-42 yang akan melabuhkan tirainya hujung minggu ini.

Biarpun kejohanan itu bukan platform utama untuk menilai pemain baharu, namun Nik Safuan bersedia untuk mempertimbangkan jika terdapat bakat yang boleh diketengahkan.

“Menerusi Kejohanan Piala Agong, saya akan lihat jika ada pemain muda yang berumur 25 tahun ke bawah mempunyai bakat untuk diketengahkan.

“Keutamaan untuk mencari pemain baharu adalah di pentas Sukan Malaysia (Sukma) nanti. Sebelum ini pun saya ada juga membuat ‘scouting’ di Kejohanan Borneo 7s, April lalu,” katanya.

Tambah Nik Safuan, dia akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek utama termasuk kecergasan, kemahiran teknikal serta keupayaan pemain menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas ragbi 7s.

Mengulas lanjut, Nik Safuan berkata, pasukannya telah pun memulakan sesi latihan pada 16 Jun lalu apabila mereka dijadual mengambil bahagian dalam Karnival Ragbi Johor yang akan disertai Thailand dan Singapura pada Julai ini.

“Latihan tidak akan dibuat secara berfasa sebaliknya kami bermula pada 16 Jun sehingga kejohanan itu diadakan pada 2 Julai ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN