PM beri jaminan tidak potong peruntukan sukan

PM beri jaminan tidak potong peruntukan sukan

Anwar Ibrahim bersama Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2025, Chen Tang Jie (dua dari kiri) dan Toh Ee Wei pada majlis Anugerah Sukan Negara 2025 di Bukit Jalil, semalam. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufik Johari dan timbalannya, Mordi Bimol. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memberi jaminan peruntukan sukan tidak dipotong dan pada masa sama kebajikan atlet dipelihara sepenuhnya walaupun negara sedang berdepan kekangan kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aspek kebajikan atlet perlu menjadi keutamaan termasuk dari segi latihan dan kemudahan yang disediakan sekiranya negara mahu melihat pembangunan sukan terus mencapai kejayaan pada masa hadapan.

“Sekarang saya tekankan bahawa kalau mahu jayakan sukan, olahraga di negara ini, tumpuannya mestilah kebajikan atlet. Itu menjadi faktor nombor satu. Lebih selesa, lebih mudah, tempat latihan lebih baik.

“Peruntukan sudah diumumkan, SUKMA (Sukan Malaysia) Selangor berjalan. Walaupun kita kata ada kekangan kewangan, saya bagi jaminan dan beritahu dalam mesyuarat jemaah menteri, acara, kegiatan dan kebajikan sukan tetap kita pelihara sepenuhnya.

“Walaupun kita kata ada kekangan kewangan, saya beri jaminan dan beritahu Taufik (Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari) dalam mesyuarat Jemaah Menteri, acara kegiatan dan kebajikan sukan tetap kita pelihara sepenuhnya. Tidak ada potongan.

“Saya ingat atlet ini bimbang sikit, susah hati (jika peruntukan dipotong). Jangan bimbang. Itu bukan masalah saya dan bukan masalah anda, itu masalah menteri.

“Jadi, mudah-mudahan kita lihat kejayaan terus di negara kita. Kita sudah capai tahap yang membanggakan,” katanya berucap pada Anugerah Sukan Negara 2025 di Majlis Sukan Negara (MSN, Jalil di sini, semalam.

Pada masa sama Perdana Menteri berkata, para atlet negara yang diraikan dalam Anugerah Sukan Negara 2025 bukan sekadar menghargai kemenangan dan kecemerlangan tetapi turut turut mengangkat pengorbanan, disiplin serta semangat juang luar biasa mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN