Terengganu ujian akhir JDT sebelum ke Jeddah

Terengganu ujian akhir JDT sebelum ke Jeddah

PEMAIN JDT menjalani latihan menjelang aksi menentang Terengganu FC.-IHSAN JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menyifatkan pertembungan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, petang ini sebagai persiapan terakhir sebelum berangkat ke Jeddah, Arab Saudi bagi pusingan akhir Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE), minggu depan.

Munoz berkata, pihaknya akan beri peluang kepada beberapa pemain mendapatkan minit permainan dalam aksi menentang skuad kendalian penolong ketua jurulatih, Tengku Hazman Raja Hassan.

Katanya, perlawanan itu penting dalam misi memastikan Harimau Selatan menjuarai Liga Super musim ini dengan rekod tanpa kalah.

“Aksi menentang Skuad Penyu ini penting dalam menguji kekuatan pasukan di setiap sudut sebelum beraksi di pusingan suku akhir ACLE di Jeddah, 17 April ini.

“Jadi, pemain perlu kekalkan momentum kemenangan dengan kekuatan dan komitmen yang sama, keputusan positif adalah penting sebagai pembakar semangat untuk ke Jeddah bagi mengharungi perlawanan terpenting dalam sejarah kelab,” ujarnya.

Bekas pengendali Watford itu memberi bayangan pihaknya akan turut membuat penggiliran pemain setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk berdepan jadual perlawanan padat baik di peringkat domestik atau aksi antarabangsa.

“Mana-mana pemain yang diturunkan mampu menggalas tugas dengan baik bagi menghadiahkan kemenangan buat penyokong di laman sendiri. Saya beruntung memiliki skuad besar dan boleh meletak pemain berbeza dan mampu menghasilkan keputusan yang sama.

“Kita akan kekalkan corak permainan berintensiti tinggi selain mendominasi di bahagian tengah bagi mengekang kemaraan pasukan lawan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN