Jun Hao pamer aksi longlai

Jun Hao pamer aksi longlai

LEONG Jun Hao tersingkir pada pusingan pertama di Kejohanan Badminton Asia (BAC).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan untuk menyaksikan Leong Jun Hao melakar kejutan di Kejohanan Badminton Asia (BAC) tidak kesampaian apabila tersingkir seawal pusingan pertama, semalam.

Pemain perseorangan lelaki utama negara itu tumpas 21-13, 21-8 kepada pemain No.4 dunia dari Indonesia, Jonatan Christie dalam pertarungan berat sebelah.

Kekalahan terbaharu itu sekali gus melanjutkan rentetan prestasi hambar pemain berusia 27 tahun berkenaan yang masih gagal mencipta impak dalam mana-mana kejohanan besar musim ini.

Walaupun rekod pertemuan dengan Jonatan agak seimbang, Jun Hao gagal memanfaatkan peluang apabila ketinggalan dari awal permainan tanpa memberi tentangan signifikan.

Kekalahan itu menyaksikan beliau kini ketinggalan 3-4 dalam rekod keseluruhan pertemuan menentang Jonatan.

Lebih membimbangkan, keputusan tersebut meneruskan kitaran negatif Jun Hao yang tersingkir awal dalam kesemua kejohanan disertai musim ini tanpa sebarang penampilan di peringkat suku akhir.

Situasi itu sekali gus menimbulkan persoalan terhadap keupayaannya untuk menggalas peranan sebagai sandaran utama negara dalam acara perseorangan lelaki menjelang Piala Thomas hujung bulan ini.

Untuk rekod, pada edisi tahun lalu, Jun Hao turut tersingkir di pusingan pertama selepas tewas kepada pemain Taiwan, Lin Chun Yi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN