Velez bakal lepaskan Machuca

Velez bakal lepaskan Machuca

Antara pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan hukuman pengantungan oleh FIFA. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab Argentina, Velez Sarsfield dilaporkan bakal menamatkan perjanjian pinjaman pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca selepas pemain itu kekal digantung selama 12 bulan.

Menurut laporan media Argentina, Velez merancang untuk mengaktifkan klausa penamatan pinjaman Machuca daripada kelab Brazil, Fortaleza Esporte Clube selewat-lewatnya pada Jun depan.

Velez akan terus membayar gaji pemain tersebut sehingga pertengahan tahun ini sambil membenarkannya menjalani latihan, sebelum dia kembali ke Brazil untuk menjalani penggantungan sehingga November.

Sementara itu, jurulatih Velez, Guillermo Barros Schelotto mendedahkan kelab itu terkejut dengan penggantungan Machuca kerana mereka sebelum ini menjangkakan pemain itu akan tersedia untuk beraksi sepanjang musim.

“Apa yang berlaku kepada Machuca bukan seperti yang kami jangkakan. Kami menyangka dia akan mendapat kebenaran untuk bermain sepanjang tahun.

“Sayang sekali kami tidak dapat menggunakan pemain itu. Kami akan melihat apa yang terbaik untuknya dan juga kelab, namun kami juga berminat untuk terus memilikinya pada masa depan,” kata Schelotto kepada media di Argentina.

Walaupun berdepan kekosongan dalam skuad, Schelotto berkata, Velez tidak akan menandatangani pemain baharu sebagai pengganti pemain sayap itu.

“Kami tidak akan membawa masuk pengganti, kami akan menampung posisi itu dengan pemain yang sudah ada dalam skuad atau pemain muda,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya atas tuduhan menggunakan dokumen palsu untuk mewakili Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN