Newcastle sedia gegar Barcelona

Newcastle sedia gegar Barcelona

EDDIE HOWE - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE – Pengurus Newcastle, Eddie Howe mencabar pemainnya untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka apabila berdepan Barcelona dalam perlawanan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.

Menurut Howe, perlawanan pertama yang akan berlangsung di St James’ Park itu dianggap antara yang terbesar dalam sejarah kelab sekali gus menuntut komitmen maksimum daripada para pemain.

“Ini kali pertama kami berada dalam situasi seperti ini dalam Liga Juara-Juara dan ia merupakan pertandingan terbaik di dunia.

“Jadi, sudah tentu ia perlawanan yang sangat besar dalam sejarah kelab ini dan kami perlu mendekatinya dengan mentaliti tersebut,” katanya.

Newcastle kembali menjadi antara 16 pasukan terbaik Eropah buat kali pertama sejak musim 2002-2003 apabila mereka mara ke fasa kumpulan kedua ketika itu.

Namun, Howe mengakui anak buahnya perlu meningkatkan tahap permainan selepas menewaskan kelab Azerbaijan, Qarabag dalam pusingan play-off untuk melangkah ke peringkat kalah mati. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN