Marquez calon Atlet Lelaki Terbaik Dunia

Marquez calon Atlet Lelaki Terbaik Dunia

MARC MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pelumba Sepanyol, Marc Marquez dicalonkan sebagai Atlet Lelaki Terbaik Dunia dalam Anugerah Laureus Sukan Dunia.

Bintang Sepanyol itu menyertai senarai pendek yang menampilkan Carlos Alcaraz (tenis), Ousmane Dembele (bola sepak), Mondo Duplantis (olahraga), Tadej Pogacar (berbasikal) dan Jannik Sinner (tenis).

“Ini adalah pencalonan saya yang keenam untuk Anugerah Laureus Sukan Dunia tetapi saya masih merasakan keterujaan yang sama seperti ketika menerima pencalonan pertama saya, 12 tahun lalu.

“Kualiti para calon menunjukkan betapa istimewanya anugerah ini dan saya gembira disenarai pendek bersama individu-individu hebat seperti ini,” kata Marc Marquez.

Marquez sebelum ini memenangi Anugerah Laureus Breakthrough pada 2013 malah pernah dicalonkan sebagai Olahragawan Dunia pada 2015 dan 2020.

Sepanjang musim lalu, Marquez menghadapi cabaran besar akibat kecederaan dan motosikal yang kurang kompetitif sebelum akhirnya meraih kejuaraan dunia selepas lima tahun bersama Ducati.

“Ini adalah tahun yang menyeronokkan tetapi mencabar bagi saya, saya telah menunggu lama untuk kembali ke puncak dan musim lalu memerlukan usaha luar biasa untuk menjuarai gelaran sekali lagi.

“Ada lebih banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi merupakan satu penghormatan istimewa untuk disenarai pendek bagi anugerah ini bersama atlet-atlet hebat dari tenis, bola sepak, olahraga dan berbasikal,” katanya.

Sebagai rekod, antara atlet daripada sukan permotoran yang pernah memenangi anugerah tersebut adalah Michael Schumacher pada 2002 dan 2004 kemudian Sebastian Vettel (2014) dan Lewis Hamilton (2020). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN