Lantik GLC bantu persatuan sukan

Lantik GLC bantu persatuan sukan

Mohamad Aniq Kasdan beraksi dalam acara angkat berat Sukan Olimpik 2024 di Paris, Ogos lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sudah tiba masanya kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan melantik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai ‘korporat angkat’ untuk membantu persatuan sukan di Malaysia.

Langkah berkenaan dicadangkan oleh Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat bagi memastikan urusan persatuan sukan lebih lancar, sekali gus menyumbang pingat untuk negara.

Dalam masa yang sama, Ayub turut mencadangkan agar kerajaan memberikan geran khas kepada persatuan sukan yang konsisten menyumbang tanpa menerusi permohonan yang mengambil masa lama.

“MSN (Majlis Sukan Negara) perlu melihat tentang perkara ini. MSN (memang) dah bantu kita tetapi untuk persatuan itu sendiri kita agak tertinggal sebab kalau persatuan bola sepak dan badminton mereka ada penaja yang kuat.

“Setakat ini tak ada orang pun yang tampil untuk membantu kita, mungkin MSN ataupun kerajaan, KBS boleh melantik satu-satu GLC sebagai korporat angkat kepada kita, maka kita dapat berjalan dengan lebih lancar.

“Saya kena berterus terang mengatakan bahawa MSN banyak bantu kita (PABM), tetapi bantu daripada segi atlet. Tahun ini, kita akan hadapi Sukan Komanwel dan kita juga anjur kejohanan peringkat Asia Tenggara di Kuching, Sarawak.

“Kita persatuan yang boleh dikatakan marhaen juga, maksudnya presiden kena tanggung semua,” katanya dalam temubual secara eksklusif bersama Mingguan Malaysia.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN