KL City buru tempat kedua Liga Super

KL City buru tempat kedua Liga Super

PEMAIN Kuala Lumpur City FC, Antonio Gomes (tengah) meraikan gol jaringannya bersama rakan pasukan ketika menewaskan Terengganu FC 1-0 pada perlawanan Liga Super musim 2025/2026 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin.-MINGGUAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian memburu penamat kedua dalam saingan Liga Super musim ini menaikkan semangat pemain Kuala Lumpur City (KL City) FC ketika menewaskan Terengganu FC 1-0, kelmarin.

Dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, perancang tengah, Madger Gomes muncul wira KL City selepas jaringan tunggalnya memastikan skuad Warga Kota membawa pulang tiga mata.

KL City City berada di tangga kedua Liga Super buat seketika dengan 36 mata selepas 18 perlawanan, namun kedudukan berkenaan boleh berubah sekiranya Selangor FC melakar kemenangan ke atas Melaka FC.

Menurut pengendali KL City, Risto Vidakovic, beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin agak sukar untuk memburu kemenangan lebih-lebih lagi tekanan yang tinggi daripada pasukan lawan.

“Saya akui perlawanan yang sangat rumit dan sukar dengan tekanan yang terlalu tinggi dihadapi anak buah bermula pada awal permainan lagi serta ditambah dengan keadaan padang.

“Tapi pemain berjaya mengawal permainan dengan baik, perlawanan kedua-dua pasukan juga dilihat seimbang daripada segi peluang dan penguasaan bola, mana-mana pasukan pun boleh melakar kemenangan.

“Saya gembira kerana pemain terus berjuang untuk memburu tempat kedua liga dengan jurang mata semakin mengecil, tapi masih berbaki enam perlawanan lagi macam-macam boleh terjadi,” kata Vidakovic.

Menurut Vidakovic, kemenangan ke atas Terengganu juga adalah hasil kerja keras berpasukan sepanjang 90 minit perlawanan dan bukannya sumbangan individu.

“Tapi saya akui kadang-kadang pemain beraksi dengan baik dan kadang-kadang tidak kerana lawan sudah pasti tidak mahu membiarkan kami bermain dengan baik, pada masa sama banyak mempengaruhi perlawanan termasuk ketakutan melakukan kesilapan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN