Jersi England sudah boleh dibeli

Jersi England sudah boleh dibeli

PENYERANG England, Harry Kane (kiri) dan Marcus Rashford menggayakan jersi terbaik skuad Three Lions menjelang kempen Piala Dunia 2026. - IG FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Peminat bola sepak England perlu bersedia mengeluarkan lebih banyak wang berbanding sebelum ini bagi memiliki jersi rasmi Three Lions itu menjelang Piala Dunia 2026.

Jersi replika ‘perlawanan’ dewasa terbaru dijual pada harga 134.99 pound (RM714.10), meningkat lapan peratus berbanding versi Euro 2024 yang berharga 124.99 pound (RM661.20).

Bagi peminat muda, jersi junior pula berharga 114.99 pound (RM608.30).

Sementara itu, jersi ‘stadium’ dewasa dijual pada harga 89.99 pound (RM476) manakala versi junior berharga 69.99 pound (RM370). Peminat yang ingin menambah nama dan nombor di belakang jersi perlu membayar tambahan sehingga 60 pound (RM317).

Jersi ‘perlawanan’ menyerupai rekaan yang dipakai pemain England di padang manakala versi ‘stadium’ lebih sesuai dipakai secara santai di bangku penonton.

Dihasilkan oleh jenama sukan terkemuka, Nike sebagai sebahagian daripada perjanjian dilaporkan bernilai 400 juta pound (RM2.1 bilion) dengan Persatuan Bola Sepak England (FA).

Jersi tersebut menampilkan rekaan moden serba putih dan menggantikan Salib St George berwarna-warni dengan frasa “happy and glorious” di dalam kolar, sebagai penghormatan kepada lagu kebangsaan England, God Save the King.

Menurut kenyataan rasmi England, video pelancaran kedua-dua jersi dibawa oleh figura muzik British terkenal, Mike Skinner dan boleh dibeli melalui laman web rasmi England dan Nike. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN