Hanya Jun Hao lepasi halangan pusingan pertama

Hanya Jun Hao lepasi halangan pusingan pertama

Leong Jun Hao
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao menjadi wakil tunggal Malaysia yang berjaya melepasi halangan peringkat 32 terbaik selepas mengejutkan Kenta Nishimoto dari Jepun pada hari pertama Kejohanan Badminton All England di Birmingham, England, awal pagi tadi.

Anak jati Setapak, Kuala Lumpur yang menguni ranking ke-29 dunia itu membenam pemain No. 13 dunia, Nishimoto 21-17, 13-21, 21-18 dalam masa 1 jam 21 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan Jun Hao kini mendahului rekod pertemuan dengan Nishimoto kepada 4-3.

Pada peringkat 16 terbaik, Jun Hao bakal berdepan seorang lagi wakil Jepun, Koki Watanabe selepas pemain ke-24 dunia itu mencipta kejutan ke atas bintang No. 3 dunia, Anders Antonsen dari Denmark 21-8, 21-12 dalam masa 40 minit.

Sementara itu, dalam aksi beregu lelaki, pasangan No. 32 dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi masih belum mampu keluar daripada kemerosotan prestasi, selepas mereka kalah di tangan pasangan No. 5 dunia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 9-21, 17-21 dalam masa 32 minit.

Yew Sin-Ee Yi yang belum berpeluang bertemu Fajar-Fikri sejak mereka digandingkan bersama, kini keciciran di belakang wakil Indonesia itu dengan rekod pertemuan 0-1.

Satu lagi beregu lelaki, Hon Jian-Haikal turut bungkus awal apabila mereka tumpas kepada beregu veteran Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 13-21, 17-21 dalam masa 38 minit.

Pasangan ke-29 dunia itu kini mencatat rekod pertemuan 1-1 menentang Astrup-Rasmussen yang merupakan beregu No. 10 dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN