Gelaran AFCON ditarik, Senegal bawa kes ke CAS

Gelaran AFCON ditarik, Senegal bawa kes ke CAS

PEMAIN Senegal menjulang trofi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas menewaskan Maghribi pada aksi final - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAKAR: Senegal bakal mengambil tindakan undang-undang selepas dilucutkan gelaran juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), semalam.

Perkembangan mengejutkan itu menyaksikan Persekutuan Bolasepak Senegal (FSF) tidak berdiam diri dan bersedia membawa kes tersebut ke peringkat lebih tinggi.

Dalam kenyataan rasmi, FSF menegaskan mereka akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam masa terdekat bagi mencabar keputusan berkenaan.

“Persekutuan Bolasepak Senegal (FSF) mengecam keputusan tidak adil, belum pernah berlaku sebelum ini dan tidak boleh diterima, yang menjejaskan reputasi bola sepak Afrika.

“Bagi mempertahankan hak dan kepentingan bola sepak Senegal, persatuan ini akan secepat mungkin, memfailkan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, Konfederasi Bola Sepak Afrika belum memperincikan secara rasmi punca utama tindakan melucutkan kejuaraan tersebut, namun keputusan itu sudah mencetuskan reaksi luas dalam kalangan peminat bola sepak Afrika.

Langkah Senegal untuk membawa kes ke CAS dilihat sebagai usaha terakhir bagi mendapatkan keadilan, memandangkan mahkamah tersebut sering menjadi rujukan tertinggi dalam pertikaian sukan antarabangsa.

Sekiranya rayuan itu berjaya, Senegal berpeluang mendapatkan semula gelaran berprestij tersebut, namun jika sebaliknya berlaku, keputusan CAF akan kekal dan menjadi antara episod paling kontroversi dalam sejarah AFCON.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN