BARCELONA: Pengurus Barcelona, Hansi Flick memuji keyakinan tinggi pasukannya pada separuh masa kedua yang menjadi kunci kejayaan menewaskan Newcastle 7-2, semalam.
Kemenangan itu menyaksikan gergasi Sepanyol itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan agregat 8-3.
“Keyakinan yang kami peroleh pada separuh masa kedua amat jelas. Anak-anak buah saya bermain dengan tenang, fokus dan tepat pada sasaran,” kata Flick.
Robert Lewandowski dan Raphinha masing-masing meledak dua gol, manakala Lamine Yamal, Marc Bernal dan Fermin Lopez turut menambah jaringan untuk memastikan Barcelona berpesta gol di laman sendiri.
Flick turut menyanjung Lewandowski, yang menjaringkan dua gol termasuk satu hasil tandukan sepakan sudut, sambil meraikan gol itu dengan penuh emosi.
“Dia pemain berpengalaman dan dalam perlawanan seperti ini, Lewandowski luar biasa. Antara penyerang terbaik di dalam kotak penalti,” tegasnya.
Barcelona kini dilihat berada pada tahap terbaik selepas Presiden kelab, Joan Laporta, dipilih semula hujung minggu lalu.
Flick yakin momentum positif ini boleh membawa kelab gergasi Catalan itu mencabar trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 11 tahun lalu.-AGENSI










