Dua gol Marmoush pacu City ke suku akhir

Dua gol Marmoush pacu City ke suku akhir Piala FA

Penyerang Manchester City, Omar Marmoush meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan, Tijjani Reijnders (tengah) dan Antoine Semenyo dalam aksi Piala FA menentang Newcastle United di Stadium Etihad, Manchester, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWCASTLE: Dua jaringan penyerang Mesir, Omar Marmoush memastikan Manchester City mengunci slot suku akhir Piala FA selepas menewaskan Newcastle United 3-1,semalam.

Kemenangan itu mengekalkan City dalam landasan untuk memburu empat trofi musim ini termasuk Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala Liga dan Piala FA.

Pengurusnya Pep Guardiola melahirkan rasa bangga serta menyifatkan persembahan terbaik dipamerkan anak buahnya.

“Ini persembahan terbaik kami di stadium ini sepanjang sedekad saya di sini. Inilah konsistensi dan sebab saya bangga dengan pasukan ini,” katanya.

Dalam aksi itu, Newcastle terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Harvey Barnes pada minit ke-18, namun City bangkit dan menyamakan kedudukan pada minit ke-39 hasil jaringan unik Savinho.

Gol berkenaan tercetus selepas hantaran Jeremy Doku melantun terkena kaki pemain itu sebelum masuk ke gawang.

Marmoush kemudian meledak gol pertama pada minit ke-47 menerusi hantaran Matheus Nunes, diikuti jaringan kedua pada minit ke-65 hasil rembatan kencang selepas menerima hantaran lintang Nunes.

“Walaupun kami bolos awal, mentaliti dan semangat pasukan memang luar biasa. Kami gembira dapat mara ke pusingan seterusnya,” kata Marmoush.

City menurunkan 10 pemain berbeza berbanding aksi seri 2-2 menentang Nottingham Forest, manakala penyerang utama Erling Haaland tidak disenaraikan bagi memberi ruang menghadapi jadual padat termasuk aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, Khamis ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN