BERGAMO: Bayern Munich berpesta gol selepas membelasah tuan rumah Atalanta 6-1 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
Kemenangan tu menyaksikan gergasi Jerman itu sebelah kaki ke suku akhir, Bayern menguasai permainan dari sepak mula dan mendahului tiga gol dalam tempoh 25 minit pertama
Josip Stanisic membuka jaringan buat Bayern pada minit ke-12 selepas mudah menolak bola ke gawang kosong hasil hantaran tepat Serge Gnabry.
Sepuluh minit kemudian selepas Michael Olise menggandakan kelebihan Bayern menerusi rembatan lencong yang menewaskan penjaga gol tuan rumah.
Olise kemudian menjadi pencetus kepada gol ketiga apabila hantaran tepatnya disempurnakan Gnabry yang melakukan larian pantas ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan rendah ke gawang.
Pesta gol Bayern diteruskan pada babak kedua apabila Nicolas Jackson menjaringkan gol keempat tujuh minit selepas rehat.
Olise menambah jaringan peribadi kedua pada minit ke-64 sebelum Jamal Musiala melengkapkan pesta gol Bayern dengan voli pada minit ke-67.
Atalanta yang beraksi tanpa beberapa tonggak utama seperti Ederson, Charles De Ketelaere dan Giacomo Raspadori akhirnya memperoleh gol sagu hati menerusi Mario Pasalic pada masa kecederaan.- AGENSI










