Wei Chong-Kai Won berdepan masalah psikologi

Wei Chong-Kai Won berdepan masalah psikologi

Man Wei Chong-Tee Kai Wun antara pasangan yang diberikan perhatian dalam usaha memperkasakan pasukan beregu badminton negara. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masalah psikologi menjadi faktor utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun gagal mengatasi pasangan Indonesia meskipun jurang prestasi seimbang.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi berkata, rekod pertemuan menjejaskan keyakinan pasangan negara itu ketika berdepan Sabar Karyaman–Moh Reza Isfahani.

“Sabar dan Reza mempunyai sedikit kelebihan dari segi psikologi kerana mereka lebih yakin apabila menentang Wei Chong dan Kai Wun.

“Dari sudut kemampuan, kedua-dua pasangan sebenarnya hampir sama, tetapi rekod pertemuan menyebabkan Wei Chong–Kai Wun menjadi gementar dan tidak selesa,” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan, Wei Chong-Kai Won yang juga pasangan No.6 dunia tewas enam daripada tujuh perlawanan menentang pasangan Indonesia berkenaan.

Kekalahan terbaharu Wei Chong–Kai Wun ialah pada suku akhir Terbuka Indonesia minggu lalu yang menyaksikan misi mempertahankan kejuaraan mereka terkubur.

Bagi menangani isu itu, Herry memaklumkan pendekatan analisis video sedang digunakan bagi menutup kelemahan teknikal di samping mendapatkan bantuan psikologi sukan daripada Institut Sukan Negara (ISN).

“Langkah pertama adalah menerusi analisis video bagi mengenal pasti aspek teknikal, selain perbincangan bersama pemain dan kemungkinan mendapatkan bantuan psikologi sukan daripada ISN.

“Saya berharap pendekatan ini dapat membantu mereka menampilkan prestasi lebih baik apabila kembali berdepan pasangan Indonesia itu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN