Pereira mula garang bersama Forest

Pereira mula garang bersama Forest

PEMAIN Nottingham Forest meraikan kejayaan mereka menewaskan Fenerbahce 3-0 dalam aksi pertama play-off Liga Europa, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali baharu Nottingham Forest, Vitor Pereira memulakan tugasnya dengan langkah kanan apabila membimbing pasukan itu membenam Fenerbahce 3-0 dalam aksi pertama play-off Liga Europa, semalam.

Kemenangan bergaya di Istanbul itu menyuntik keyakinan buat Forest yang sebelum ini bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sekali gus meletakkan mereka di landasan terbaik untuk mengesahkan kemaraan pada aksi timbal balik di City Ground, 26 Februari ini.

Pereira yang dilantik menggantikan Sean Dyche menerusi kontrak 18 bulan, tidak menunggu lama untuk mencipta kemenangan hasil jaringan Murillo, Igor Jesus dan Morgan Gibbs-White.

“Saya sedar sebelum datang bahawa pemain-pemain mempunyai kualiti yang tinggi. Mereka perlukan keputusan yang baik tetapi juga perlu menikmati permainan.

“Saya minta mereka mengekspresikan diri di atas padang. Mereka lakukannya. Ia keputusan yang sangat baik,” kata Pereira.

Sementara itu di Glasgow, Stuttgart berpesta gol apabila membelasah Celtic 4-1 sekali gus mencacatkan perlawanan ke-1,000 Martin O’Neill sebagai pengurus.

Dalam aksi lain, Franklin Tebo membantu Red Star Belgrade menewaskan Lille 1-0 manakala Santiago Castro memberikan Bologna kemenangan 1-0 menewaskan Brann.

Dua gol Zakaria El Ouahdi membolehkan Genk melakar kemenangan 3-1 menewaskan Dinamo Zagreb manakala PFC Ludogorets Razgrad menewaskan Ferencvaros 2-1. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN