Pemain warisan ‘bebas’ jika menang di CAS

Pemain warisan ‘bebas’ jika menang di CAS

WINDSOR PAUL JOHN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hukuman penggantungan terhadap tujuh pemain warisan akan ditamatkan serta-merta jika rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada 26 Februari ini berjaya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John selepas keputusan CAS yang membenarkan penangguhan hukuman.

Jelas Windsor, sekiranya rayuan memihak kepada pemain, hukuman penggantungan lazimnya akan ditamatkan serta-merta sekali gus membolehkan mereka kembali beraksi seperti biasa.

“Apa yang kami dapat maklumat secara tidak rasmi, jika rayuan itu berjaya, pemain dan FAM berjaya untuk menang kes ini maka penggantungan itu kebiasaannya akan tamat serta-merta dan pemain boleh beraksi buat kelab, itu pertama.

“Namun, jika pemain dan persatuan (FAM) gagal, maka CAS boleh juga keluarkan keputusan sambung hukuman penggantungan kerana gagal menang kes itu dan mereka (pemain) hanya merayu untuk kurangkan penggantungan, itu sahaja.

“Jika menang maka esok dia boleh beraksi. Jika saya peguam pemain, daripada sudut itu saya akan merayu ke CAS bermakna pemain tidak terlibat secara langsung dalam apa yang dituduh FIFA.” katanya.

Beliau turut memberi bayangan bahawa pendekatan rayuan itu mungkin lebih tertumpu kepada usaha mengurangkan tempoh hukuman, bukannya menafikan keseluruhan pertuduhan.

“Keputusan muktamad tetap berada di tangan CAS dan semua pihak perlu tunggu ketetapan rasmi sebelum membuat sebarang kesimpulan,” ujarnya.

Kes berkenaan menjadi perhatian penyokong bola sepak tanah air kerana ia memberi kesan langsung terhadap kekuatan skuad Harimau Malaya, khususnya dalam menghadapi kempen kelayakkan Piala Asia 2027.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN