Negara asal pemain warisan tidak buat tuntutan?

Negara asal pemain warisan tidak buat tuntutan?

warisan
NASIB FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya akan diketahui pada 26 Februari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peluang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya untuk menang di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) nampak cerah kerana dipercayai negara asal pemain terbabit dijangka tidak membuat sebarang tuntutan.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, ketika ini, FAM dan tujuh pemain warisan berdepan halangan undang-undang daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sahaja dan bukannya pasukan kebangsaan negara-negara tujuh pemain terbabit.

“Tujuh pemain warisan yang yang memilih untuk beraksi bersama Harimau Malaya bukannya Cristiano Ronaldo yang menarik minat negara kelahiran mereka untuk merebut pemain di CAS nanti, kita hanya berdepan tuntutan peraturan FIFA sahaja.

“Biarpun bukan seperti Ronaldo tetapi nilai pemain warisan ini cukup besar untuk pasukan kita, saya jangka, keputusan akan berpihak kepada kita di CAS pada 26 Februari ini. Saya berharap barisan peguam mampu memberikan hujah yang bernas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tanggal 26 Februari ini bakal menjadi detik penting buat FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya apabila CAS menetapkan tarikh itu bagi pendengaran penuh kes membabitkan kes pemalsuan dokumen tujuh pemain berkenaan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Ada potensi menang rayuan di CAS Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberi bayangan rayuan FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya di CAS berpotensi berakhir dengan keputusan positif.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John berkata, petunjuk paling jelas ialah apabila CAS meluluskan penangguhan hukuman penggantungan 12 bulan yang dikenakan ke atas tujuh pemain terbabit iaitu satu keputusan yang jarang dibuat mahkamah itu sebelum ini.

Dalam pada itu, peguam sukan, Zhafri Aminurrashid melihat isu surat beranak sebagai penentu sama ada rayuan di CAS berjaya atau sebaliknya kerana kedua-dua negara berdaulat masing-masing mengeluarkan surat beranak untuk tujuh pemain berkenaan.

Beliau berpandangan, FIFA tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan surat beranak mana yang mengatasi surat beranak yang lain dan seandainya CAS menyatakan bahawa surat beranak yang dikeluarkan Malaysia diterima, FIFA wajib membenarkan kesemua tujuh pemain itu beraksi semula.

“Ada dua surat beranak yg dikeluarkan oleh dua negara berdaulat. FIFA tiada kuasa untuk sahkan mana satu (surat beranak) mengatasi yang lain. Jika CAS memutuskan surat beranak Malaysia diterima, FIFA wajib membenarkan mereka bermain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN