Mbappe-Vinicius sedia gempur kubu Benfica

Mbappe-Vinicius sedia gempur kubu Benfica

Kylian Mbappe dan Vinicius Junior menjadi senjata utama Real Madrid ketika berdepan Benfica, awal pagi esok.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Real Madrid dijangka menggandingkan Kylian Mbappe dan Vinicius Junior dijentera serangan ketika berdepan Benfica dalam aksi play off Liga Juara-Juara (UCL) di Lisbon, awal pagi esok.

Mbappe yang direhatkan hujung minggu lalu susulan kecederaan lutut kini bersedia untuk diturunkan, manakala Vinicius cukup cergas untuk beraksi, sekali gus memberi kelegaan kepada jurulatih Alvaro Arbeloa.

Namun, kembalinya penjaring terbanyak pasukan itu turut menimbulkan persoalan sama ada Real kehilangan keseimbangan apabila Mbappe dan Vinicius beraksi serentak di bahagian serangan.

Ketika kedua-duanya digandingkan bersama Jude Bellingham sebelum ini, Real tewas 2-4 kepada Benfica dalam fasa liga, sekali gus terpaksa melalui play off.

Mbappe meledak dua gol dalam aksi itu dan kini mengetuai carta penjaring UCL dengan 13 gol, namun pertahanan Real gagal mengekang asakan lawan.

Tanpa Mbappe ketika menewaskan Real Sociedad 4-1, Vinicius tampil cemerlang dengan memenangi serta menyempurnakan dua sepakan penalti.

Arbeloa memuji impak pemain Brazil itu dan menegaskan Mbappe kini cergas sepenuhnya untuk pertembungan di Estadio da Luz.

Sejak menggantikan Xabi Alonso, Arbeloa memberi kepercayaan penuh kepada pemain bintang, pendekatan yang mengingatkan era Carlo Ancelotti.

Walaupun kombinasi Mbappe dan Vinicius semakin serasi, kelemahan dari segi tekanan bertahan boleh membuka ruang buat lawan yang terancang.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN