Madrid terus hambat Barca

Madrid terus hambat Barca

PEMAIN Real Madrid meraikan gol kemenangan pasukan ketika menewaskan Rayo Vallecano 2-1 dalam aksi liga di laman sendiri, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Kylian Mbappe muncul wira Real Madrid apabila menyempurnakan penalti pada minit ke-100 untuk menghadiahkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Rayo Vallecano yang beraksi dengan sembilan pemain dalam aksi derbi La Liga di Stadium Santiago Bernabeu, semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan Los Blancos merapatkan jurang kepada satu mata dengan pendahulu liga, Barcelona yang menewaskan Elche 1-0 sehari sebelum.

Real terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Vinicius Junior pada minit ke-15 selepas melakukan gerakan solo menarik, namun kegembiraan tuan rumah tidak bertahan lama apabila Jorge de Frutos menyamakan kedudukan empat minit selepas babak kedua bermula.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Real Madrid dihadiahkan sepakan penalti selepas Brahim Diaz dijatuhkan secara kasar dalam kotak penalti.

Mbappe tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk menjaringkan gol ke-22 dia dalam saingan liga musim ini.

Ketua jurulatih Real Madrid, Alvaro Arbeloa, mengakui pasukannya masih memerlukan masa untuk mencapai tahap konsistensi terbaik sejak dia mengambil alih tugas daripada Xabi Alonso.

“Saya bukan ahli sihir. Apa yang penting ialah komitmen, sikap dan mentaliti pemain. Dalam pasukan sebesar Real Madrid, kualiti sahaja tidak mencukupi, kami perlukan konsistensi,” katanya.

Dalam satu lagi perlawanan, Athletic Bilbao berjaya mengelak kekalahan dalam derbi Basque selepas mengikat Real Sociedad 1-1 di San Mames.

Sementara itu, Real Betis meneruskan momentum cemerlang mereka apabila menewaskan Valencia 2-1 untuk naik ke tangga kelima liga. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN