Kad merah ubah strategi JDT

Kad merah ubah strategi JDT

JOAO Figueiredo dikawal ketat ketika JDT berdepan Sanfrecce Hiroshima dalam aksi ACLE, kelmarin.- IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz beraksi dengan 10 pemain menjadi punca pasukannya tewas 1-2 kepada Sanfrecce Hiroshima dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Hiroshima, kelmarin.

Harimau Selatan beraksi dengan kekurangan seorang pemain hampir 70 minit permainan selepas pemain pertahanan, Jonathan Silva dilayangkan kad merah pada init ke-22 selepas dikesan sengaja menampan bola menggunakan tangan.

Munoz berkata, situasi berkenaan memaksanya melakukan perubahan strategi bagi mengimbangi kekuatan lawan, sekali gus menyukarkan gergasi Liga Malaysia itu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

“Selepas (insiden kad merah) dalam perlawanan, kita terpaksa ubah (strategi) permainan. Bermain menentang mereka (dengan 10 pemain) sangat sukar.

“Saya tidak menyalahkan Jonathan. Ia mungkin tindakan spontan untuk menyelamatkan bola. Tetapi bermain dengan kekurangan pemain beri impak besar. Pemain perlu gandakan tenaga mental dan fizikal untuk kekalkan momentum,” katanya.

Beliau berkata, perlawanan berintensiti tinggi memerlukan tumpuan terhadap setiap perincian, namun kekurangan pemain menyukarkan pasukan mengawal permainan.

Walaupun begitu, Munoz memuji karakter pemain yang terus berjuang memburu gol penyamaan hingga wisel penamat.

Sementara itu, kapten JDT, Afiq Fazail mengakui kecewa dengan kekalahan itu, namun mahu pasukan bangkit ketika melayan Vissel Kobe pada aksi terakhir kumpulan Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa ini.

“Kami terpaksa bertahan untuk kekalkan jaringan satu gol itu tapi apakan daya kami dibolosi gol kedua pasukan lawan, jadi kami kena kerja lebih selepas ini,” katanya.

Dalam aksi terakhir kumpulan, JDT bakal berdepan tugas sukar apabila berdepan satu lagi kelab Jepun yang juga pendahulu Zon Timur, Vissel Kobe di Stadium Sultan Ibrahim pada 17 Februari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN