Hanya beregu terbaik ke Piala Thomas - Herry

Hanya beregu terbaik ke Piala Thomas – Herry

Aaron Chia-Soh Wooi Yik pastinya menjadi sandaran utama dalam skuad Piala Thomas yang berlangsung pada 24 April hingga 3 Mei depan di Horsens, Denmark.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menegaskan hanya beregu terbaik dunia bakal disenaraikan ke dalam skuad Piala Thomas yang berlangsung pada 24 April hingga 3 Mei depan di Horsens, Denmark.

Beliau berkata, semua keputusan akhir bergantung kepada sasaran pihak pengurusan dan jurulatih kelahiran Indonesia itu percaya hasil yang terbaik pastinya diinginkan oleh badan induk badminton negara.

“Untuk Piala Thomas, memang kita kena tengok pemain yang sudah matang, pengalaman banyak, dan mental yang bagus. lebih kurang kita sudah ada gambaranlah (beregu yang terpilih).

“Ia bergantung juga kepada pengurusan bagaimana mahu atur pemain, baru saya boleh pilih. Tapi lebih kurang pemain 10 terbaik dunia yang sedia untuk main di Piala Thomas

“Jika membicarakan tentang sasaran, memang harus paling tinggi yang dimahukan pengurusan iaitu bergelar juara. Apa pun hasilnya nanti, kita tengok. Kita sokong sasaran Presiden yang mahu kita jadi juara. Saya sebagai jurulatih akan sediakan pemain semaksimum mungkin. Itu saja,” katanya.

Ketika ditanya beregu muda seperti Arif Junaidi-Yap Roy King mungkin diberi peluang, Herry berkata, bergantung kepada pengurusan, jika mereka mahukan pemain muda diserapkan, selaku jurulatih beliau bersedia untuk berbuat demikian.

Pada ketika ini, Malaysia memiliki tiga beregu senior yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (No. 2), Man Wei Chong-Tee Kai Wun (No. 6) dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani (No. 8).

Sementara tiga beregu muda negara pula terdiri daripada Arif Junaidi-Yap Roy King (No. 18), Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri (No. 33) dan Kang Khai Xing-Aaron Tai (No. 35).

Mengulas mengenai beregu muda Malaysia, Herry berkata, mereka mempamerkan prestasi baik, cuma masih belum mampu beraksi lebih konsisten.

“Kadang-kadang beregu ini gemar ubah sendiri (strategi permainan), jadi menurut saya masih belum konsisten. Kadang-kadang dia boleh main macam itu, kadang-kadang itu dia ubah lagi. Itulah yang saya sebagai jurulatih kena selalu ingatkan supaya ikut perancangan yang diatur,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN