Permulaan sempurna Pan Gon bersama Selangor FC

Permulaan sempurna Pan Gon bersama Selangor FC

SELANGOR FC membenam DPMM FC 5-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.-IHSAN SFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kim Pan Gon bermula langkah kanan bersama Selangor FC apabila Gergasi Merah membenam DPMM FC 5-2 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu, Selangor FC bermula garang dengan tandukan menarik Chrigor Moraes pada lima minit pertama perlawanan.

Lima minit berselang, Moraes terus menceriakan kem Selangor FC apabila menanduk masuk bola hantaran Nooa Laine, sekali gus mengembirakan Pan Gon.

Tuan rumah berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-42 menerusi jaringan Hakeme Yazid, namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Nooa Laine meledak gol ketiga Selangor pada minit ke-48.

Malam gemilang Selangor diteruskan dengan Moraes berjaya mencipta hatrik pada minit ke-58 dan perlawanan terus rancak apabila DPMM memperoleh gol kedua mereka menerusi Miguel Oliveira pada minit ke-62.

Moraes sekali lagi menjadi pemusnah buat DPMM apabila dia meledak gol keempat peribadinya dalam perlawanan itu pada masa kecederaan untuk melengkapkan kemenangan bergaya Selangor.

Keputusan itu menyaksikan Selangor yang berada di tangga keempat liga mengumpul 28 mata selepas 14 perlawanan, manakala DPMM berada di tangga ketujuh dengan mengumpul 17 mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN