Penang FC cemerlang benam KL City 1-0

Penang FC cemerlang benam KL City 1-0

AKSI Liga super antara Kuala Lumpur City menentang Penang FC di Stadium Bolaseoak Kuala Lumpur.-IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad Kuala Lumpur City (KL City) FC gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila tumpas 0-1 kepada Penang FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan KL City jatuh di tangga ketiga Liga Super dengan 29 mata selepas 15 perlawanan, manakala Penang FC berada ditangga ketujuh dengan 17 mata.

Dalam aksi itu, pelawat terlebih dahulu menguji gawang KL City seawal minit kedua menerus Muhammad Firdaus Saiyadi, namun percubaannya Berjaya iselamatkan Quincy Julian Kammeraad.

Selepas itu perlawanan bertambah rancak dengan tuan rumah melakukan asakan menerusi penyerangnya, Kpah Sherman, namun gagal menggegarkan jarring gl pelawat.

Ketika KL City melakukan asakan, mereka dikejutkan dengan gol akrobatik Faith Friday Obilor pada minit ke-35 Ketika keadaan kucar kacir dalam kotak penalty selepas sepakan sudut.

Bersambung babak kedua, KL City menukar percaturan dalam usaha memburu jaringan bagi menyamakan kedudukan.

KL City FC berjaya meraih jaringan menerusi rembatan jauh Zhafri Yahya pada minit ke-60, namun jaringan itu dibatalkan VAR selepas KL City FC melakukan kekasaran sebelum mendapatkan gol itu.

Penang FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-89 selepas Adib Raop dilayangkan kad kuning kedua namun mereka berjaya mengharungi lapan minit masa tambahan tanpa bolos untuk kemenangan ketiga berturut-turut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN