Pemilihan FAM kena tunggu AFC

Pemilihan FAM kena tunggu AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Segala keputusan mengenai pertandingan jawatan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya boleh dilakukan selepas status keabsahan badan induk itu diputuskan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM), Mohd. Firdaus Mohamed berkata, ketika ini belum sesuai untuk mengadakan pemilihan biarpun Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM sedia ada bersedia meletakkan jawatan secara beramai-ramai.

“Sekiranya FAM digantung atau diambil alih oleh AFC, pihak AFC yang akan menentukan bila tarikh kongres akan diadakan.FAM tiada kuasa dalam hal ini,” kata Firdaus kepada Utusan Malaysia, semalam.

Mohd. Firdaus turut menegaskan bahawa jika pemilihan dibuat ketika status keabsahan FAM masih dipertikai, ia hanya akan membuang masa dan merendahkan kredibiliti badan induk itu.

“Kalau FIFA atau AFC gantung FAM tiga atau lima tahun, apa guna kita buat pemilihan? Orang akan ketawa,” katanya.

Beliau juga menasihatkan semua pihak supaya bersabar dan menghormati prosedur yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak dunia sebelum mencanangkan pelbagai isu termasuk pemilihan semula jawatan dalam FAM.

“Kita tunggu keputusan AFC dulu, baru kita fikirkan langkah seterusnya. Jangan kita mendahului keputusan yang belum keluar,” katanya.

Sebelum ini, Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bersedia melepaskan jawatan secara ‘berjemaah’ jika langkah drastik itu menjadi pilihan terbaik bagi mengelakkan badan induk bola sepak negara digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN