Pembangunan pacu bola tampar pantai

Pembangunan pacu bola tampar pantai

BARISAN pemain bola tampar negara yang menyertai Kejohanan Bola Tampar Terbuka Singapura Bawah 16 Tahun, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program pembangunan jangka panjang sukan bola tampar pantai dijangka mampu menaikkan kualiti sukan itu di Malaysia, khususnya pada Sukan SEA 2027.

Presiden Persatuan Bola Tampar Pantai Malaysia(MAVA) Hean Boon Yeow berkata, pihak pengurusan sentiasa berusaha membangunkan program latihan bagi melahirkan atlet berkualiti.

“Kami bekerjasama dengan China National Association bagi menghantar pemainmenjalani latihan intensif di Pusat Bola Tampar Pantai Nasional mereka di Hainan, Sanya.

“Ini sebahagian daripada persiapan rapi menghadapi Sukan SEA 2027 dan Asian Beach Games yang dijadualkan berlangsung di Sanya tahun ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Jurulatih lelaki, Syariful Anwar Anhar menjelaskan program pembangunan telah dirangka sejak 2019 dan atlet negara kini menunjukkan peningkatan prestasi.

“Kami telah membangunkan atlet seperti Nur Auni Maisarah Shamsul Rizal, Noor Aishah Iskandar dan Farwizah Aina Ahmad Nizar yang kini antara tonggak utama skuad negara. 

“Pencapaian mereka termasuk layak ke beberapa kejohanan dunia dan memenangi pingat peringkat Asia adalah bukti kejayaan pembangunan jangka panjang ini,” jelas Syariful.

Turut senada dengannya, jurulatih wanita negara,Chia Chou Hwa yang menyeru agar semua pihak terus memberi sokongan padu kepada sukan bola tampar pantai.

Katanya, sokongan amat penting menjelang temasya Sukan SEA 2027 yang merupakan peluang terbaik untuk melonjakkan sukan ini ke tahap lebih tinggi.

“Kami mahu bola tampar pantai Malaysia bukan sahaja mampu bertanding di peringkat serantau tetapi juga mencapai kejayaan di pentas dunia,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN