Marquez, Bagnaia sokong peraturan baharu MotoGP

Marquez, Bagnaia sokong peraturan baharu MotoGP

Marc Marquez - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Juara dunia bertahan, Marc Marquez bersama rakan sepasukan Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia menyatakan sokongan terhadap peraturan baharu MotoGP berkaitan prosedur menghidupkan semula jentera selepas kemalangan, yang akan berkuat kuasa mulai musim ini.

Peraturan tersebut diperkenalkan dengan objektif utama untuk mengurangkan risiko keselamatan terhadap marshal litar, dengan melarang motosikal yang terjatuh dan enjinnya mati daripada dihidupkan semula di atas litar.

Menurut peraturan baharu itu, jentera yang terlibat dalam kemalangan dan mengalami enjin terhenti perlu dialihkan ke laluan servis sebelum sebarang usaha menghidupkan semula dibuat.

Situasi itu dijangka meningkatkan tempoh masa yang diperlukan untuk seseorang pelumba kembali ke perlumbaan, sekali gus mengurangkan peluang mereka meraih mata.

Namun, peraturan tersebut tidak terpakai sekiranya enjin motosikal masih hidup selepas kemalangan, membolehkan pelumba menyertai semula perlumbaan seperti biasa.

“Saya bersetuju kerana pada akhirnya ia adalah langkah paling selamat. Peraturan ini hanya terpakai jika enjin mati. Jika kemalangan kecil berlaku dan enjin masih hidup, pelumba masih boleh kembali ke perlumbaan,” kata Marquez.

Sementara itu, Bagnaia turut menyambut baik perubahan berkenaan, sambil berseloroh mengenai perbezaan nasibnya berbanding Marquez.

FRANCESCO BAGNAIA – AFP

“Secara jujur, saya tidak pernah bernasib baik seperti Marc. Setiap kali saya terjatuh, motosikal saya pasti rosak,” katanya sambil ketawa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN