Giliran Wei Chong-Kai Wun pula tersingkir

Giliran Wei Chong-Kai Wun pula tersingkir

AKSI pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun ketika menentang pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Man Wei Chong-Tee Kai Wun masih belum menemui ‘resipi’ terbaik bagi menumbangkan juara dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, selepas beregu No. 5 dunia itu tersingkir pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Gandingan No. 2 Malaysia itu berusaha memberikan tentang sengit kepada juara bertahan dari Korea Selatan tersebut, tetapi, mereka buat kali keenam tewas lagi di tangan Won Ho-Seung Jae 21-17, 21-14 dalam masa 41 minit.

Kekalahan tersebut menyaksikan Wei Chong-Kai Wun kini semakin tercicir jauh di belakang apabila beregu No. 1 dunia itu kini mendahului selesa dengan rekod pertemuan 6-0.

Kai Wun berkata, mereka sudah banyak kali kalah setiap kali berdepan Won Ho-Seung Jae, jadi, keyakinan semakin pudar apabila bertemu dengan pasangan itu.

“Kita cuba untuk mencari jalan menewaskan mereka, tetapi, sehingga kini masih tidak mampu berbuat demikian.

“Keputusan ini memang tidak memuaskan, kami teragak-agak ketika hendak mengutip mata ketika berada di hujung aksi dan kesilapan sendiri juga terlalu banyak,” katanya ketika ditemui pemberita di Axiata Arena di sini, hari ini.

Wei Chong pula berkata, mereka bermain baik di awal perlawanan, tetapi, apabila lawan menukar strategi, dia dan Kai Wun mula kehilangan rentak.

“Saya rasa semasa kutipan mata daripada 11 hingga ke mata 15, dia orang sudah tukar rentak, kita susah hendak kejar mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN