Exco FAM buat pusingan U?

Exco FAM buat pusingan U?

FAM sebelum ini telah dikenakan hukuman oleh FIFA berhubung isu pemalsuan dokumen pemain warisan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkembangan tentang peletakkan jawatan barisan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memasuki episod baharu.

Difahamkan, akan berlaku ‘pusingan U’ pada 28 Januari ini selepas ada sembilan Exco FAM yang masih berkira-kira untuk melepaskan jawatan masing-masing.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, terdapat sembilan ahli Exco yang masih berada dalam keadaan tidak pasti sama ada untuk meneruskan peletakan jawatan atau memilih untuk terus kekal memegang jawatan masing-masing.

Sumber itu memaklumkan kedudukan sembilan individu itu dalam situasi ‘50-50’, sekali gus membuka ruang kepada perubahan saat akhir menjelang tarikh yang ditetapkan.

“Seperti tidak jadi, ada sembilan orang yang mungkin masih berada di atas pagar iaitu sama ada setuju atau tidak,” kata sumber tersebut secara ringkas.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan barisan Exco FAM bersedia melepaskan jawatan masing-masing pada 28 Januari ini bagi menyelamatkan bola sepak negara.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu itu mencetuskan persoalan mengenai hala tuju sebenar FAM, terutama dalam usaha menstabilkan pentadbiran serta meredakan ketegangan yang timbul sebelum ini dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Bagaimanapun, setakat ini, FAM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung status terkini peletakan jawatan semua Exco, dengan semua pihak menunggu pengesahan muktamat pada 28 Januari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN