Ee Wei sedih sering jadi sasaran ‘pembenci’

Ee Wei sedih sering jadi sasaran ‘pembenci’

TOH Ee Wei (kanan) menafikan dirinya berdepan masalah komunikasi dengan Chen Tang Jie.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Juara dunia beregu campuran, Toh Ee Wei menafikan mempunyai masalah komunikasi dengan pasangannya Chen Tang Jie seperti didakwa para peminat.

Atlet kelahiran Melaka itu berkata, selepas Terbuka Malaysia, keyakinannya sedikit terganggu dan di Terbuka India dia cuba yang terbaik, tetapi, nasib tidak menyebelahinya.

“Tetapi orang cakap saya tunjuk muka (marah) ke apa. Saya cuba senyum masa main, tapi orang kata muka saya macam monyet, anjing, saya tak tahu lah.

“Orang cakap kesian dengan pasangan saya (Tang Jie), tapi pihak lawan bukannya kesian dengan kita, yang penting bila masuk gelanggang saya mahu serius, mahu lawan.

“Saya tak ada masalah komunikasi dengan Tang Jie. Orang cakap saya ganggu dia, tapi hati saya tetap nak berjuang untuk negara. Saya sudah cuba senyum tapi orang tetap marah saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, semalam.

Menurut Ee Wei, dia sentiasa buat yang terbaik untuk negara dan keluarganya, tetapi, berasa agak sedih apabila ada orang bercakap kenapa ibu bapanya ada anak seperti dirinya.

“Itu tak baguslah. Kalau anak mereka kena macam itu, mesti mereka pun tak suka. Saya terima banyak sangat DM (direct message), saya okay kalau mereka kritik saya.

“Tetapi apabila melibatkan ibu bapa, tak seronoklah, mereka jaga saya dari kecil sampai besar. Ibu bapa saya agak sedih, saya selalu pesan jangan peduli cakap orang, tapi bila orang kata ada anak macam saya tak bagus, itu mengguris hati mereka,” ujarnya.

Ee Wei berkata, dia berdepan cemuhan tersebut sejak sebelum bergelar juara dunia lagi, tetapi, keadaan tersebut semakin memburuk selepas Terbuka Malaysia dan Terbuka India.

Katanya lagi, pada satu tahap dia sudah terbiasa dengan hinaan kerana setiap orang perlu menjalani kehidupan masing-masing dan kalau kena marah sekalipun, esok tetap perlu bangun pergi kerja.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN