PARIS: Ousmane Dembele menjaringkan dua gol ketika membantu Paris Saint-Germain menewaskan Lille 3-0 di Parc des Princes sekali gus menduduki tangga teratas Ligue 1, semalam.
Dembele memenangi Ballon d’Or musim lalu melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti pada minit ke-13 untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-13.
Dia kemudiannya menewaskan penjaga gol Lille, Berke Ozer dengan satu sepakan lambung dari dalam kotak penalti selepas sejam permainan untuk gol kedua yang memukau.
“Itulah magis Ousmane, dia boleh melakukan apa sahaja, dia memang hebat,” kata rakan sepasukan, Warren Zaire-Emery selepas perlawanan.
Bradley Barcola beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Khvicha Kvaratskhelia menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan. – AFP










