Benfica uji Madrid lagi

Benfica uji Madrid lagi

KEPUTUSAN undian aksi play-off Liga Juara-Juara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Real Madrid bakal menghadapi perlawanan ulangan menentang Benfica dalam pusingan play-off Liga Juara-Juara, manakala juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) akan menentang seteru domestik mereka, Monaco.

Benfica menewaskan Real Madrid 4-2 dalam aksi terakhir fasa liga pada Rabu lalu, dengan gol minit ke-98 oleh penjaga gol Anatoliy Trubin membolehkan kelab Portugal itu merampas slot play-off terakhir mengatasi Marseille.

Kekalahan itu turut menyingkirkan Madrid daripada kelompok lapan teratas liga, sekali gus memaksa mereka menempuh pusingan tambahan.

Sementara itu, PSG yang tergelincir daripada lapan teratas selepas hanya menang satu daripada lima perlawanan terakhir akan bertandang ke Monaco.

PSG menamatkan fasa liga di kedudukan ke-11 selepas gagal memenangi tiga perlawanan terakhir, manakala Monaco berada di kedudukan ke-21.

Dalam pada itu, Newcastle United dijangka mudah menewaskan kejutan Qarabag dari Azerbaijan, manakala Bodo/Glimt dari Norway akan berdepan naib juara musim lalu, Inter Milan.

Juventus menentang Galatasaray, Atletico Madrid berdepan Club Brugge, Borussia Dortmund menentang Atalanta dan Bayer Leverkusen dijadualkan menentang Olympiacos.

Dua aksi play-off ini dijadualkan berlangsung pada Februari ini dengan pemenang mara ke pusingan 16 terakhir pada Mac.

Lima kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk Arsenal, Liverpool, Tottenham Hotspur, Chelsea dan Manchester City sudah layak bersama Bayern Munich, Barcelona dan Sporting Lisbon. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN