Alcaraz mahu jadi pemain termuda lengkapkan Grand Slam

Alcaraz mahu jadi pemain termuda lengkapkan Grand Slam

Carlos Alcaraz mahu menjuarai Terbuka Australia buat kali pertama dalam kariernya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Carlos Alcaraz tiba di Terbuka Australia dengan misi memburu gelaran sulung di Melbourne bagi melengkapkan karier Grand Slam sebagai pemain termuda dalam sejarah tenis lelaki.

Pemain No.1 dunia itu sudah memiliki kejuaraan di Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat, dan kejayaan di Melbourne Park bakal memintas rekod Don Budge yang melengkapkan Grand Slam karier sebelum usia 23 tahun pada 1938.

“Saya lebih rela memenangi Australia Terbuka buat kali pertama berbanding mempertahankan gelaran Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat tahun depan.

“Jika saya berjaya di Melbourne, ia akan menjadi pencapaian paling bermakna dalam karier saya setakat ini,” kata Alcaraz.

Bagaimanapun, Australia kekal sebagai satu-satunya gelanggang utama yang belum ditakluki Alcaraz selepas pencapaian terbaiknya hanya setakat suku akhir dalam dua edisi terakhir.

Kempen kali ini turut dibayangi perpisahan mengejut Alcaraz dengan jurulatih lamanya, Juan Carlos Ferrero, yang membimbingnya selama tujuh tahun sehingga muncul juara Grand Slam berganda.

Tanpa kelibat Ferrero di bangku pemain, tumpuan terarah kepada keupayaan Alcaraz mengekalkan prestasi terbaiknya, terutama ketika berdepan juara bertahan Jannik Sinner yang kembali dianggap pilihan utama kejohanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN