PETALING JAYA: Skuad hoki negara mara ke pentas akhir Sukan SEA 2025 dengan bergaya apabila membelasah Singapura 12-2 pada aksi separuh akhir di Chonburi, Thailand, hari ini.
Syed Syafiq Syed Cholan dan Azrai Aizad Abu Kamal bertindak cemerlang apabila masing-masing menjaringkan tiga gol selebihnya dijaringkan oleh Fitri Saari, Amirul Hamizan Azahar, Nik Aiman Nik Rozemi, Amanraj Singh, Norsyafiq Sumantri dan Shello Silverius.
Menanti anak-anak buah Sarjit Singh di final adalah Thailand selepas tuan rumah temasya itu menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penalti shoot-out setelah terikat 1-1.
Aksi final bakal diadakan di Universiti Sukan Kebangsaan Thailand, kampus Chonburi, esok. – UTUSAN










