Shahmalarani terima RM10,000

Shahmalarani terima RM10,000

C. Shahmalarani menang pingat perak di Kejohanan Dunia 2025 dalam acara bawah 50 kilogram di Kaherah, Msir, kelmarin. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jaguh karate wanita negara, C Shahmalarani menerima durian runtuh susulan kejayaannya membawa pulang pingat perak di Kejohanan Dunia dekat Mesir, minggu lalu.

Shahmalarani berkata, penghargaan yang diberikan oleh Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) dijadikan sebagai pembakar untuk dirinya berusaha lebih keras dalam memburu kejayaan pada masa akan datang.

“Penghargaan sangat penting buat atlet. Ia lebih daripada sekadar usaha, masa dan segala perkara yang mereka lakukan di belakang tabir yang tidak dilihat oleh orang ramai.

“Pingat adalah sesuatu yang dapat dilihat oleh atlet dan juga orang luar. Jadi, saya rasa penghargaan seperti ini memberikan kami motivasi. Kami akan terus berusaha dengan lebih gigih.

“Lagi-lagi ada Sukan SEA, saya fikir ini satu pembakar semangat untuk bersedia lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Shahmalarani meraih perak bagi acara bawah 50 kilogram (kg) di kejohanan dunia, dua lagi wakil negara, Zakiah Adnan layak ke suku akhir kumite wanita bawah 61kg manakala Lovelly Anne Robberth tidak melepasi peringkat kumpulan.

Shahmalarani menerima insentif wang tunai sebanyak RM10,000 manakala Zakiah dan Lovelly masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000.

Ketua jurulatih, R. Sharmendran (ketua jurulatih) dan Norfarhan Nordin masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000.

Kali terakhir Malaysia mara ke final di kejohanan dunia pada 2014 menerusi Syakilla Salny Jefry Krishnan yang turut membawa pulang pingat perak.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN