PETALING JAYA: Pasukan gimnastik berirama (gimrama) negara menjelmakan detik manis apabila menghadiahkan pingat emas menerusi acara aparatus tiga bola dua gelung pada Sukan SEA 2025 di Gimnasium 4 Thammasat, Bangkok, hari ini
Skuad negara tampil bertenaga dan berdisiplin untuk menguasai pentas final, sekali gus menewaskan cabaran sengit tuan rumah Thailand serta Filipina dalam acara berpasukan itu.
Meskipun berdepan cabaran berbeza susulan pengenalan format baharu pertandingan, konsistensi persembahan membolehkan Malaysia mengumpul 234.60 mata, meninggalkan Thailand di tempat kedua dengan 222.36 mata dan Filipina di tangga ketiga dengan 174.42 mata.
Kejayaan itu menandakan emas pertama Malaysia dalam acara berpasukan gimrama sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur, sekali gus menamatkan kemarau lapan tahun dalam disiplin berkenaan. – UTUSAN










